Friday, February 22, 2019

'Pistol Manik'

Mesti ramai yang tak berapa kenal dengan nama 'airsoft' ni kan? Kalau sebut pistol manik atau senapang manik je mesti semua tahu. Ha.. itulah dia 'airsoft'. Airsoft ni bahasa omputehnya.

Kalau kat negara kita, bersepah je kita boleh jumpa kat kedai. Tapi biasanya yang kita jumpa tu yang murah2 punya, yang pakai spring tu. Bahan buatannya pulak daripada plastik. Senang cerita untuk mainan budak2 punya la.

Tapi korang tau tak sebenarnya airsoft ni bukan setakat mainan budak2 je tau. On cost dia pun boleh cecah ribu-riban. Ha yang ni advance. Bukan kaleng-kaleng. #BBB. Budak2 bawah 18 pon tak boleh miliki benda ni.

Tapi sayangnya airsoft ni diharamkan di Malaysia. Oleh sebab rupanya yang menyerupai senjata yang sebenar. Macam real la senang citer. Boleh jadi disalah guna untuk tujuan jenayah. Sebab tu diharamkan.


Beretta M92

Ha yang macam dalam gambar kat atas tu contoh model pistol airsoft ni. Harga dia hampir cecah RM 1k. Amacam, nampak real bukan? Bahagian pistol airsoft tu hampir sama dengan pistol betul. Cara kerja pun sama.Cuma fungsinya je yang berbeza. By the way pistol airsoft ni guna kuasa daripada mampatan gas. Kuasa tembakan pun lagi kuat dari spring. Berbeza dengan yang biasa jual kt kedai tu. Yang ni memang tak la ada jual kat kedai. Mau 'duduk dalam' siapa yang kantoi jual.

Bukan pistol je.., senapang, sniper, machine gun, bom tangan airsoft pon ada(guna manik). Epik bukan? Harga, tak payah cakapla. Ada yang cecah belasan ribu. Dah boleh kuar kete..🤕 Kalau kat luar negara yang tak diharamkan airsoft ni, diorang main perang2 la.. Dah macam PUBG versi real-like..😅 Siap dengan gear(pakaian) lagi. Makan modal jugak semua tu.
Tahula, barang2 taktikal ni bukannya murah. Pastu siap ada tempat khusus lagi untuk diorang main. Memang rasa macam perang betul lah. Cuma tak mati je..🤣 Bila kena tembak, diorang sebut 'hit' bagi nak inform yang diorang dah kena tembak. Ada jugak yang ngelat, tak sebut 'hit'..😒 Nak tengok camne diorang main, search la youtube. Search je'airsoft', mesti ada.

Bagi siapa yang minat, pandai2 la cari seller dan pandai2 la simpan. Ye la sekarang ni zaman scam2 kan.. Boleh jadi rugi bila kena tipu. Dahla mahal. Tu satu hal. Kalau kantoi, boleh dihukum gantung bhai.. Sama macam hukuman miliki senjata api secara haram. Kasi payung satu video..